Saturday, September 12, 2015

Resipi Wrinkled Brownies

Assalamualaikum.



Hai harini rasa nak share resipi brownies kedut-kedut atau nama lain nya wrinkled brownies. Haha nama wrinkled brownies ni anak-anak bagi sebab katanya apa nama kedut kedut. Kesian brownies berkedut haha 

Brownies kedut ataupun wrinkled brownies ni sebenarnya dah jadi viral pulak semenjak dua menjak tiga menjak ni. Al kisahnya sebenarnya dah lama dah resipi brownies ni cuma dulu mana lah ada akaun facebook dan blog bagai.

Okay jom cuba resipi simple brownies kedut a.k.a wrinkled brownies. Check it out!



Bahan-bahan:

1) 400 gram chocolate compound
2) 100 gram gula pasir
3) 4 biji telur
4) 100 gram tepung gandum + 1 tsp serbuk penaik @ 100 gram tepung naik sendiri
5) 150 gram butter / majerin
6) 1 tsp esen vanilla
7) 80 gram gula perang
8) 20 gram serbuk cocoa

Cara-cara :

1) Cairkan chocolate compound, kemudian masukkan butter / marjerin 
2) Kacau telur dengan gula pasir dan perang sehingga sebati
3) Seterusnya, campurkan adunan chocolate compound dan butter ke dalam adunan telur dan gula. Masukkan esen vanilla dan kacau.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan serbuk cocoa, kacau. Macam biasa serbuk cocoa ayak dulu ya
5) Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree celcius.
6) Siap untuk di makan!

Tambahan :
* Kalau suka letak kekacang pun boleh letak contohnya macam pecan, almond dan walnut.

Saya budak baru belajar, kalau salah harap maafkan. Sudi lah kiranya share gambar kalau dah try ya! Hihi all the best!

Tuesday, September 8, 2015

Resipi Aneka Roti


Hi, Assalamualaikum!

Harini tak ada angin tak ada sandstorm tetiba angin meroti datang. Eh bukan harini sebenarnya, dari semalam lagi memandangkan semalam puasa, tekak rasa nak makan roti hasil tangan sendiri.

Kalau buat roti sendiri ni makan puas sebab let say nak letak inti tu haaa puaslah kalau letak banyak-banyak pun nak di bandingkan kalau beli. So decided untuk meroti so that toppings ke inti ke boleh lah letak sebanyak mana yang kita nak. Okay tanpa berceloteh panjang walaupun dah celoteh panjang kat atas ni, jom Ezza share Resipi Aneka Roti yang super duper simple.

Bahan-bahannya :

1) 500 g tepung 
2) 100g gula pasir
3) 10 g yis
4) 1 sudu kecil bread improver
5) 80 g shortening
6) 2 sudu besar susu tepung
7) 1 biji telur
8) 265 g air
9) secubit garam


Cara-caranya :

1) Masukkan semua bahan dan uli.
2) Kemudian, boleh lah bentuk doh doh roti tu dan letakkan inti atau topping sebelum di bakar.
3) Sesudah bakar, sapukan mentega di atas roti dan siap untuk di makan.

Selamat mencuba! 😀

Thursday, August 20, 2015

S'mores Dip



Assalamualaikum

Harini anak-anak ajak buat S'mores Dip. Boleh lah layan kan saja. S'mores Dip ni boleh di makan bersama nachos atau pun biscuits.



Senang je nak buat S'mores Dip ni. Ringkas, mudah dan cepat untuk di makan. Hihi okay what we need are marshmallows, chocolate chips dan biscuits.

Mula-mula, blend sedikit biscuits dan letakkan kedalam loyang as the first layer. Lepas tu tabur chocolate chips as second layer. Lastly letaklah marshmallows on top before bake. Bakar kejap and ready to eat bila atas dia dah burn sikit macam dalam gambar. Selamat mencuba!


Wednesday, August 19, 2015

Resipi Kerabu Pucuk Ubi Petai


Assalamualaikum,

Lepas raya baru berkesempatan nak menaip blog ni hihi maaf lah eh eh macam ada je pembaca haha Walaupun dah terlambat, nak juga wish Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua.

Okay harini rasa nak share resipi simple iaitu Kerabu Pucuk Ubi Petai. Senang dan sedap. Let's get started!

Bahan-bahan :

• Seikat pucuk ubi yang telah di rebus
• Setengah biji kelapa putih
• 3 papan petai
• Sebatang timun yang di racik
• Sepokok daun salad
• 1 biji bawang besar yang di hiris
• 20 biji cili padi blend bersama sedikit kunyit hidup
• Semangkuk ikan bilis yang di goreng dan di kisar
• 10 biji tomato ceri di belah dua
• Sedikit kerisik
• Minyak untuk menumis
• Cekur yang di hiris
• Sedikit garam dan gula

Cara-cara :

1) Panaskan minyak, tumiskan cili padi yang di kisar bersama dengan kunyit hidup.
2) Masukkan kelapa dan ikan bilis yang telah di kisar.
3) Masuk garam, gula, kerisik dan kelapa.  Goreng sekejap.
4) Matikan api dan campur semua bahan yang belum di masuk. Kemudian gaul hingga sebati. Siap!

Selamat mencuba!

Sunday, April 19, 2015

Resipi Churros Mudah & Senang

Assalamualaikum...



Lama rasanya ezza tak menulis di blog ni kan..Macam busy sesangatkan..busy ke? Hihi,, Sebenarnya busy lah jugak..sebab apa..ezza dah berpindah ke Saudi sekarang..Bawa diri...hihi..tak jugak..sebab ikut en hubby cari rezeki jauh nun disini..

Alhamdulillah..dah biasa berpindah randah so taklah terasa asing sangat...Yang penting suami dan anak-anak ada sekali. Cuma sedih sebab berjauhan dengan ayahanda tercinta. Itulah satu-satunya yang ada sebab mak ezza lama dah meninggalkan kami sekeluarga. Tiba-tiba rasa sebak pulak mengenangkan arwah mak yang banyak membantu dari segala sudut dan kaya dengan kasih sayang tak berbelah bagi buat anak-anaknya...Alfatihah buat mak tercinta..Kau lah ratu dihati ku..bercerita pasal mak..mesti semua kawan-kawan ada cerita tersendiri kan..Bahagianya pada sesiapa yang masih mempunyai mak..

Eehh tiba-tiba pulak cerita pasal mak kan..inilah yang dinamakan rindu kita pada mak yang kita sayang..dan tak akan pernah hilang dari ingatan..lebih-lebih lagi saat kita tengah sedih. Bahu yang sentiasa ada untuk kita bersandar. Semoga kawan-kawan yang masih mempunyai mak..sayangilah mak anda selagi beliau masih ada disisi kita.

Bab nak bercerita duduk jauh ni memanglah..macam-macam nak cerita. Itulah pengalaman jauh perjalanan luas pemandangan...Hihi.. Alhamdulillah rezeki Allah Taala ada di mana-mana.

Bila dah duduk jauh ni,,ermmm makanan adalah perkara yang paling dirindui..Nape? Sebab tekak ezza tekak orang melayu. Lagipun ezza n family jenis yang food lover. Pantang nampak makanan mesti nak rasa. Hah masa tu mulalah teringat-ingat makanan yang pernah lalu kat anak tekak ni..huhu

Cerita pasal makanan..harini ezza rasa nak kongsi resepi Churros. Nape churros sebab anak-anak ezza ni gemar makanan ni. Kalau bahasa melayu biasanya orang panggil kuih belimbing. mungkin bentuk sama dengan buah belimbing. Cuma buah belimbing rasanya masam tapi kuih ni manis macam orang yang membuatnya,,haha,,caya ke tak ye...

Jom kita cuba resepi yang ezza nak share ni.  Resepi ni mudah sebab ezza gunakan sukatan cawan.

Resepi Churros mudah dan senang.



2 Biji Telur
2 cawan Air
2 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Butter
1 Sudu Teh Garam
3 Cawan Tepung

cara-caranya;

1) Masukkan gula, garam dan butter dalam periuk yg sudah didihkan airnya.

2) Apabila air dah mendidih, kecilkan api. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.

3) Padamkan api dan gaulkan sebati. Bila semua dah sebati.. Bolehlah dimasukkan kedalam piping bag, yang telah dimasukkan nozel bintang.

4)Panaskan minyak di kuali. Setelah minyak cukup panas..bolehlah dipaipkan aduan tadi ke dalam kuali.

5) Gorenglah hingga kuning keemasan..hah bolehlah diangkat..

Thursday, May 9, 2013

Resipi Pancake

Assalamualaikum, harini Ezza nak share resipi pancake. Haa kali ini Ezza nak share resipi supaya tak payah lah kita pergi beli tepung readymade tu kan yang hanya perlu masuk air dan telur sahaja. Memang lah mudah tapi kalau buat sendiri lagi yummeh!

Bahan-bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil  baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak

Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum dan baking powder
  2. Asingkan kuning dan putih telur.
  3. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. 
  4. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu.
  5. Kacau sebati
  6. Masukkan minyak dan susu tadi dalam no1. 
  7. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
  8. Sedia untuk dimasak atas pan api sederhana besar.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, December 5, 2012

Resipi: Pavlova

Assalamualaikum, semalam Ezza adalah buat sebiji pavlova untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni tak ada apa nak buat duduk rumah. Jadi, harini Ezza nak share resipi dengan pembaca yang sudi baca blog ni. Jom kita tengok resipi pavlova!



Bahan-bahannya:

~ 4 biji putih telur
~ 1 cawan gula
~ 1 sudu kecil cuka
~ Setengah sudu besar tepung jagung
~ 1 cawan non dairy whipping cream
~ Buah-buahan hiasan



Cara-caranya:

1) Panaskan oven ikut kesesuaian oven masing-masing.
2) Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga gebu.
3) Masukkan tepung jagung dan cuka ke dalam adunan tadi dan kacau kaup balik. Seterusnya, ketepikan adunan tadi.
4) Lukis bulatan pada kertas minyak ikut saiz kesukaan masing-masing kemudian letakkan kertas minyak keatas dulang pembakar.
5) Tuangkan adunan tadi ke atas kertas minyak yang telah di lukir bulatan sebelum di masukkan ke dalam oven.
6) Bakar di dalam oven sehingga kekuningan/keperangan selama lebih kurang 1 jam.
7) Sejukkan setelah selesai.


Cara penyediaan:

1) Pukul whipping cream sehingga gebu. Kemudian sapukan ke atas adunan yang telah siap di bakar tadi.
2) Tabur buah-buahan.
3) Setelah siap, simpan seketika ke dalam peti sejuk sebelum di makan.


SELAMAT MENCUBA!

Friday, October 5, 2012

Tips: Petua Di Dapur 2 (Merasa Masakan)

Assalamualaikum...



Merasa makanan yang kita masak cukup garam atau tidak, bukanlah satu masaalah pun. Tapi bagaimana kalau kita berpuasa pada hari itu?

Lebih-lebih lagi pada bulan ramadan...Tau-tau ajelah kan, kadang kala kita nak menghulur juadah kerumah jiran-jiran berdekatan dengan kita. Oleh itu kita nak juga memastikan makanan yang kita hantar tu menepati citarasa.

Walaupun jiran kita memahami bahawa kita sedang berpuasa, bagaimanapun kita biasanya nak memberi yang terbaik. Kadang kala walaupun kita mahir di dapur, namun sesekali kita pun tak dapat untuk memastikan rasa tersebut.

Meskipun terdapat pelbagai petua yang boleh kita ikuti. Tak salah kiranya kita mencuba petua ini yang ezza selongkar dari aroma. Oleh kerana itu bolehlah mencuba petua ini :


 



Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas kuku ibu jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika kuku jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya.

Ezza ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua krew AROMA kerana sudi berkongsi dengan semua pembaca aroma.


SELAMAT MENCUBA!!!!

Friday, September 28, 2012

Tips: Petua di dapur




LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG
sumber : aroma

assalamualaikum...

Kepada semua teman-teman blogger. Kadang-kadang bila tekak kita terasa nak makan ayam kampung atau daging, masa tu lah kita baru terfikir malasnya untuk merebus lama-lama atas dapurkan...

Oleh kerana malas tu lah kita akan pergi membeli saja di gerai-gerai berhampiran. Harganya pun boleh tahan mahal. Kerana sekarang ni barang-barang semuanya dah naik harga...

Bagi yang mempunyai anak yang ramai, rasanya tak cukup untuk beli saja. So nak tak nak kita kenalah beli seekor dua ayam di pasar.  Bagi yang tidak mempunyai anak yang ramai pula, kalau terasa nak makan berulang-ulang kenalah masak di dapur.

Ada pelbagai petua yang selalu digunakan oleh emak-emak kita dulu. Jadi tak salah kalau kita ikut petua mak-mak kita tu, kerana mereka lagi mahir dalam bab petua memasak. Ezza setakat ingin berkongsi saja petua yang ezza cuba dari aroma.

Di sini ezza nak kongsikan sedikit petua yang di ambil dari aroma...

Petuanya ialah:



Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam kampung ianya akan menjadi lembut.


SELAMAT MENCUBA

Wednesday, September 12, 2012

Resipi: Muffin Chocolate Chip

Assalamualaikum...

Di pagi yang hening nie...duduk sorang- sorang kat rumah teringat pulak nak masukkan N3 ni. Pagi begini biasanya anak-anak dah kesekolah. My hubby pula sedang menuju ketempat kerja so boleh lah menghadap komputer ni.

Sekejap lagi dah mula masuk ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari untuk anak-anak balik dari sekolah nanti. Beginilah rutin tiap-tiap hari bagi ibu-ibu yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa kan.

Pasti suri-suri rumahtangga macam ezza ni terfikir nak sediakan juadah apa untuk anak-anak setiap kali nak masuk ke dapur. Sampai kadang kala tak tau nak masak menu apa pada hari itu.

Oklah ezza nak share dengan semua kawan-kawan tentang muffin cip coklat yang ezza sediakan untuk anak-anak semalam..





Jom kita cuba resepi yang ringkas ni..

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung

1 st baking powder

1 cawan gula

1/2 cawan serbuk koko

1/2 cawan minyak

1 cawan coklat cip

1 cawan susu

1st esen vanila

3 biji telur gred A

Cara-caranya;

Ayak tepung bersama serbuk penaik dan serbuk koko, tuangkan ke dalam 1 mangkuk.

Masukkan gula dan cip coklat, gaul rata secara manual dan ketepikan.

Putar susu, telur dan minyak sehingga kembang didalam bekas yang berasingan.

Tuangkan adunan cecair tadi ke dalam tepung sambil di gaul rata secara manual.

Sudukan ke dalam acuan muffin. Taburkan sedikit cip coklat dan bakar selam 15-20 minit atau sehingga masak pada suhu 150 darjah celcius (ikut kesesuaian oven masing-masing)

Pada yang sudi berkongsi resepi..selamat mencuba!!!!!

Monday, September 10, 2012

Resipi: Hokaido Cupcake

Assalamualaikum...



Hari ini ezza ingin berkongsi dengan semua yang sudi untuk membuat Hokaido Cupcake.. Pada mulanya ezza ni membeli aje di kedai kek, oleh kerana minat yang mendalam mengenai hokaido cupcake ni maka ezza pun join lah kelas seorang kenalan..

Kalau kita membeli hokaido cupcake ni kat kedai kek, harganya agak mahal. Lagipun tak dapatlah kiranya untuk makan berulang-ulang kerana kosnya agak tinggi.

Bagi yang mempunyai anak yang ramai, lebih elok kita membuat sendiri. Bolehlah anak-anak makan sepuasnya kan kan..

Dengan rasa senang hati ezza ingin kongsikan resepi yang ezza pelajari ni dengan semua kawan-kawan pada yang sudi mencuba atau yang tercari-cari resepi ini...

Jeng jeng jeng...jom kita salin resepi ini...



Bahan A

3 Biji kuning telur
20gm gula 
1/2 st esen vanila
25gm susu 
20gm minyak masak
40gm tepung
15gm tepung kastard
1st baking powder


Bahan B

3 biji telur putih
60gm susu 



Caranya ialah;

Panaskan oven 170 darjah celsius.

Pukul kuning telur dan gula hingga sebati. [whisssk ajeee]. tambah esen vanila, susu dan minyak. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

Dalam bekas lain pukul putih telur dan sedikit garam.[berbuih sikit]
Tambah gula sedikit-sedikit dan pukul hingga jadi soft peak[ada tanduk tau]

Ambil 1/3 dari adunan telur putih masukkan dalam adunan kuning telur dan gaul [teknik kaup balik].
Ulang sehingga adunan putih telur habis.

Scopkan adunan dalam bekas cupcake empat segi, [3/4 aje] bakar dalam oven selama 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Sejukkan...dan biarkan sebentar...

Sediakan inti kastard [ezza gunakan instant custard je + susu ] whisk kan je..
Masukkan dalam piping beg dan tebuk cupcake tadi dan picitkan inti kastard hingga nampak dari atas.

Kemudian nak cantikkan ezza taburkan dengan gula icing kat atas hokaido cup cake tu/ala-ala snow gitu..

Cuba jangan tak cuba...sedappppppp





Friday, September 7, 2012

Resipi: Biskut Cornflakes Madu

Assalammualaikum semua...

Hari ni ezza bersiaran kembali untuk berkongsi resepi yang simple tapi ramai yang menggemarinya.  Setelah sebulan kita berpuasa pasti tiba untuk kita menyediakan biskut raya untuk tetamu yang nakan datang bertandang ke rumah.



Anak-anak gemar dengan biskut ni so permintaan harus dipenuhi untuk hadiah untuk anak-anak yang berpuasa penuh ni.  Masa menyediakan biskut ni, waktu berbuka jugak anak-anak nak merasmikan dulu. biskut ni di buat oleh anak-anak ezza.

So, mari kita salin resepi ni dan boleh dikongsikan dengan anak-anak dirumah.


biskut yang terlalu simple yang pasti menyelerakan....nyummmmmm!!!!!



Bahan-bahannya ialah;

1 kotak corn flakes

1 cawan Almond/gajus

 1 cawan  madu

  1/3 cawan ceri merah

  1/3 cawan ceri hijau

  200gm butter

   paper cup  secukupnya

   Bijan - untuk hiasan
 
caranya:

Bakar almond/gajus or apa-apa jenis kekacang yang disukai.

Panaskan butter hingga cair. Selepas itu masukkan madu hingga berbuih.

Masukkan ceri hijau dan merah.

Padamkan api masukkan kekacang dan corn flakes..Gaul sekata..

Selepas itu barulah dimasukkan ke dalam paper cup.

Seterusnya bolehlah ditaburkan dengan bijan..

Kemudian setelah selesai diisi kedalam paper cup bolehlah dibakar ke dalam oven.

Ezza bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 5-7 minit.

Tunggu sejuk kemudian boleh di simpan dalam balang kedap udara..


SELAMAT MENCUBA......




Thursday, August 30, 2012

Salam lebaran....


Assalamualaikum..

Ramadhan dah pun berlalu pergi meninggalkan kita. Sedih rasanya sebab belum pasti Ramadhan akan datang dapat kita rasai. Harap-harap Allah sudi panjangkan umur hamba-Nya ini untuk tempuh kemanisan Ramadhan yang akan datang. Amin! Tapi bahang Syawal masih terasa. Jadi, Ezza dan keluarga nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua pembaca, rakan-rakan, keluarga dan kenalan.  Maaf andai ada terkasar dan tersinggung perasaan sesiapa sepanjang menulis dalam blog ni.

Macam mana semua persiapan raya? Alhamdulillah, Ezza dan keluarga cukup serba serbi, rezeki Allah. Alhamdulillah juga sebab tahun ni Ezza berjaya siapkan biskut raya pelbagai jenis dalam kuantiti yang sederhana. Ya lah, buat biskut raya, mesti nak bagi kakak, bapa, emak mertua, dua-dua belah keluarga nak kena bagi kan.



Kuih nie dinamakan cornflakes madu. Anak-anak yang buat biskut ni..kita layan jelah karenah anak-anak di bulan puasa. Alhamdulillah anak yang kecil sekali tu puasa penuh tiap-tiap tahun. tentu ramai yang suka buat biskut ni kan sebab buatnya tak rumit.



Haa yang ni pulak biskut semperit..ni semperit alaf baru iaitu berkaler-kaler. Tahun ni semperit pelangi ni mesti banyak terhidang di atas mejakan. Aduhai pandai-pandai aje cakap alaf baru..jangan marah..



 Semoga bertemu lagi di entry akan datang..wassalam...

Thursday, July 5, 2012

Baju kelawar Limited Edition

Assalamualaikum,

Lama Ezza tak update blog ni. Ezza agak busy dengan anak-anak, order kek, business telekung dan baru-baru ini Ezza dah start menjual baju kelawar edisi terhad....errmm..Edisi terhad! Kenapa nama dia Limited Edition adalah kerana satu design baju kelawar akan di jual sekali sahaja. So tak adalah baju tidur anda sama dengan orang lain. Maknanya, satu design tu, anda sorang je pakai. Menarik kan? So apa lagi? Jom kita tengok....baju ni selesa untuk dipakai oleh semua golongan tau. Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan satu  daripadanya!! :)Jika berminat, sila hubungi Ezza ditalian 010-2212077...


 P/s: Buat masa ni, 5 Julai 2012, baju kelawar Limited Edition ni tinggal 3 helai je. Yang tinggal hanya lah merah (nombor 1 dari atas) Peach (nombor 3 dari atas) dan design batik (nombor 4 dari atas) Sangat selesa. So grab one today!!!

Wednesday, May 23, 2012

TakbiratulIhram


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Rukun Solat – Takbiratul ihram

Ramai orang solatnya tidak diterima kerana kesalahan yang dibuat tanpa disedari. Itulah antara isi yang kuliah agama yang mengejutkan ramai orang. Salah satu perkara yang ingin dikongsikan bersama yang diperolehi dalam satu siri kuliah agama mengenai salah satu rukun solat iaitu takbiratul ihram.  Kebanyakan orang tidak menyedari solatnya tidak menepati syarat2 takbiratul ihram yang boleh menyebabkan solatnya tidak diterima. Diantaranya yang paling ketara ialah lafaz takbiratul ihramnya “Allahu akhbar” tidak didengari atau sekadar menyebutnya didalam hati. Lafaz “Allahu akhbar” mestilah dilafaz dengan jelas dan didengari cukup sekadar 2 cuping telinga kita…..tidak boleh hanya sebut secara senyap didalam hati.

Syarat2 takbiratul ihram yang lain ialah:
·        Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.
·        Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.
·        Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.
·        Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.
·        Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
Mari kita sama2 berdoa agar solat kita yang terdahulu diterima oleh Allah SWT….amin.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila Allah Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila Allah Tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Terima Kasih, Sumber.

Tuesday, April 10, 2012

Red Velvet Cheese cake


Hokaido Cupcakes



Tuesday, March 27, 2012

Vanila cake, Rainbow cake and Red Velvet Cake






Friday, October 21, 2011

Kuih Koci

Tuesday, October 11, 2011

Macaroon :)

Sunday, October 9, 2011

Agar-agar


Saturday, October 8, 2011

Class Cupcake with anak-anak





Friday, October 7, 2011

Cake Oreo

Related Posts with Thumbnails