Assalamualaikum,
Lepas raya baru berkesempatan nak menaip blog ni hihi maaf lah eh eh macam ada je pembaca haha Walaupun dah terlambat, nak juga wish Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua.
Okay harini rasa nak share resipi simple iaitu Kerabu Pucuk Ubi Petai. Senang dan sedap. Let's get started!
Bahan-bahan :
• Seikat pucuk ubi yang telah di rebus
• Setengah biji kelapa putih
• 3 papan petai
• Sebatang timun yang di racik
• Sepokok daun salad
• 1 biji bawang besar yang di hiris
• 20 biji cili padi blend bersama sedikit kunyit hidup
• Semangkuk ikan bilis yang di goreng dan di kisar
• 10 biji tomato ceri di belah dua
• Sedikit kerisik
• Minyak untuk menumis
• Cekur yang di hiris
• Sedikit garam dan gula
Cara-cara :
1) Panaskan minyak, tumiskan cili padi yang di kisar bersama dengan kunyit hidup.
2) Masukkan kelapa dan ikan bilis yang telah di kisar.
3) Masuk garam, gula, kerisik dan kelapa. Goreng sekejap.
4) Matikan api dan campur semua bahan yang belum di masuk. Kemudian gaul hingga sebati. Siap!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment