Assalammualaikum semua...
Hari ni ezza bersiaran kembali untuk berkongsi resepi yang simple tapi ramai yang menggemarinya. Setelah sebulan kita berpuasa pasti tiba untuk kita menyediakan biskut raya untuk tetamu yang nakan datang bertandang ke rumah.
Anak-anak gemar dengan biskut ni so permintaan harus dipenuhi untuk hadiah untuk anak-anak yang berpuasa penuh ni. Masa menyediakan biskut ni, waktu berbuka jugak anak-anak nak merasmikan dulu. biskut ni di buat oleh anak-anak ezza.
So, mari kita salin resepi ni dan boleh dikongsikan dengan anak-anak dirumah.
biskut yang terlalu simple yang pasti menyelerakan....nyummmmmm!!!!!
Bahan-bahannya ialah;
1 kotak corn flakes
1 cawan Almond/gajus
1 cawan madu
1/3 cawan ceri merah
1/3 cawan ceri hijau
200gm butter
paper cup secukupnya
Bijan - untuk hiasan
caranya:
Bakar almond/gajus or apa-apa jenis kekacang yang disukai.
Panaskan butter hingga cair. Selepas itu masukkan madu hingga berbuih.
Masukkan ceri hijau dan merah.
Padamkan api masukkan kekacang dan corn flakes..Gaul sekata..
Selepas itu barulah dimasukkan ke dalam paper cup.
Seterusnya bolehlah ditaburkan dengan bijan..
Kemudian setelah selesai diisi kedalam paper cup bolehlah dibakar ke dalam oven.
Ezza bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 5-7 minit.
Tunggu sejuk kemudian boleh di simpan dalam balang kedap udara..
SELAMAT MENCUBA......
No comments:
Post a Comment