Friday, September 28, 2012

Tips: Petua di dapur




LEMBUTKAN AYAM KAMPUNG
sumber : aroma

assalamualaikum...

Kepada semua teman-teman blogger. Kadang-kadang bila tekak kita terasa nak makan ayam kampung atau daging, masa tu lah kita baru terfikir malasnya untuk merebus lama-lama atas dapurkan...

Oleh kerana malas tu lah kita akan pergi membeli saja di gerai-gerai berhampiran. Harganya pun boleh tahan mahal. Kerana sekarang ni barang-barang semuanya dah naik harga...

Bagi yang mempunyai anak yang ramai, rasanya tak cukup untuk beli saja. So nak tak nak kita kenalah beli seekor dua ayam di pasar.  Bagi yang tidak mempunyai anak yang ramai pula, kalau terasa nak makan berulang-ulang kenalah masak di dapur.

Ada pelbagai petua yang selalu digunakan oleh emak-emak kita dulu. Jadi tak salah kalau kita ikut petua mak-mak kita tu, kerana mereka lagi mahir dalam bab petua memasak. Ezza setakat ingin berkongsi saja petua yang ezza cuba dari aroma.

Di sini ezza nak kongsikan sedikit petua yang di ambil dari aroma...

Petuanya ialah:



Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan empat biji kurma ke dalam gulai. Bila masak daging ayam kampung ianya akan menjadi lembut.


SELAMAT MENCUBA

Wednesday, September 12, 2012

Resipi: Muffin Chocolate Chip

Assalamualaikum...

Di pagi yang hening nie...duduk sorang- sorang kat rumah teringat pulak nak masukkan N3 ni. Pagi begini biasanya anak-anak dah kesekolah. My hubby pula sedang menuju ketempat kerja so boleh lah menghadap komputer ni.

Sekejap lagi dah mula masuk ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari untuk anak-anak balik dari sekolah nanti. Beginilah rutin tiap-tiap hari bagi ibu-ibu yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa kan.

Pasti suri-suri rumahtangga macam ezza ni terfikir nak sediakan juadah apa untuk anak-anak setiap kali nak masuk ke dapur. Sampai kadang kala tak tau nak masak menu apa pada hari itu.

Oklah ezza nak share dengan semua kawan-kawan tentang muffin cip coklat yang ezza sediakan untuk anak-anak semalam..





Jom kita cuba resepi yang ringkas ni..

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung

1 st baking powder

1 cawan gula

1/2 cawan serbuk koko

1/2 cawan minyak

1 cawan coklat cip

1 cawan susu

1st esen vanila

3 biji telur gred A

Cara-caranya;

Ayak tepung bersama serbuk penaik dan serbuk koko, tuangkan ke dalam 1 mangkuk.

Masukkan gula dan cip coklat, gaul rata secara manual dan ketepikan.

Putar susu, telur dan minyak sehingga kembang didalam bekas yang berasingan.

Tuangkan adunan cecair tadi ke dalam tepung sambil di gaul rata secara manual.

Sudukan ke dalam acuan muffin. Taburkan sedikit cip coklat dan bakar selam 15-20 minit atau sehingga masak pada suhu 150 darjah celcius (ikut kesesuaian oven masing-masing)

Pada yang sudi berkongsi resepi..selamat mencuba!!!!!

Monday, September 10, 2012

Resipi: Hokaido Cupcake

Assalamualaikum...



Hari ini ezza ingin berkongsi dengan semua yang sudi untuk membuat Hokaido Cupcake.. Pada mulanya ezza ni membeli aje di kedai kek, oleh kerana minat yang mendalam mengenai hokaido cupcake ni maka ezza pun join lah kelas seorang kenalan..

Kalau kita membeli hokaido cupcake ni kat kedai kek, harganya agak mahal. Lagipun tak dapatlah kiranya untuk makan berulang-ulang kerana kosnya agak tinggi.

Bagi yang mempunyai anak yang ramai, lebih elok kita membuat sendiri. Bolehlah anak-anak makan sepuasnya kan kan..

Dengan rasa senang hati ezza ingin kongsikan resepi yang ezza pelajari ni dengan semua kawan-kawan pada yang sudi mencuba atau yang tercari-cari resepi ini...

Jeng jeng jeng...jom kita salin resepi ini...



Bahan A

3 Biji kuning telur
20gm gula 
1/2 st esen vanila
25gm susu 
20gm minyak masak
40gm tepung
15gm tepung kastard
1st baking powder


Bahan B

3 biji telur putih
60gm susu 



Caranya ialah;

Panaskan oven 170 darjah celsius.

Pukul kuning telur dan gula hingga sebati. [whisssk ajeee]. tambah esen vanila, susu dan minyak. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

Dalam bekas lain pukul putih telur dan sedikit garam.[berbuih sikit]
Tambah gula sedikit-sedikit dan pukul hingga jadi soft peak[ada tanduk tau]

Ambil 1/3 dari adunan telur putih masukkan dalam adunan kuning telur dan gaul [teknik kaup balik].
Ulang sehingga adunan putih telur habis.

Scopkan adunan dalam bekas cupcake empat segi, [3/4 aje] bakar dalam oven selama 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Sejukkan...dan biarkan sebentar...

Sediakan inti kastard [ezza gunakan instant custard je + susu ] whisk kan je..
Masukkan dalam piping beg dan tebuk cupcake tadi dan picitkan inti kastard hingga nampak dari atas.

Kemudian nak cantikkan ezza taburkan dengan gula icing kat atas hokaido cup cake tu/ala-ala snow gitu..

Cuba jangan tak cuba...sedappppppp





Friday, September 7, 2012

Resipi: Biskut Cornflakes Madu

Assalammualaikum semua...

Hari ni ezza bersiaran kembali untuk berkongsi resepi yang simple tapi ramai yang menggemarinya.  Setelah sebulan kita berpuasa pasti tiba untuk kita menyediakan biskut raya untuk tetamu yang nakan datang bertandang ke rumah.



Anak-anak gemar dengan biskut ni so permintaan harus dipenuhi untuk hadiah untuk anak-anak yang berpuasa penuh ni.  Masa menyediakan biskut ni, waktu berbuka jugak anak-anak nak merasmikan dulu. biskut ni di buat oleh anak-anak ezza.

So, mari kita salin resepi ni dan boleh dikongsikan dengan anak-anak dirumah.


biskut yang terlalu simple yang pasti menyelerakan....nyummmmmm!!!!!



Bahan-bahannya ialah;

1 kotak corn flakes

1 cawan Almond/gajus

 1 cawan  madu

  1/3 cawan ceri merah

  1/3 cawan ceri hijau

  200gm butter

   paper cup  secukupnya

   Bijan - untuk hiasan
 
caranya:

Bakar almond/gajus or apa-apa jenis kekacang yang disukai.

Panaskan butter hingga cair. Selepas itu masukkan madu hingga berbuih.

Masukkan ceri hijau dan merah.

Padamkan api masukkan kekacang dan corn flakes..Gaul sekata..

Selepas itu barulah dimasukkan ke dalam paper cup.

Seterusnya bolehlah ditaburkan dengan bijan..

Kemudian setelah selesai diisi kedalam paper cup bolehlah dibakar ke dalam oven.

Ezza bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 5-7 minit.

Tunggu sejuk kemudian boleh di simpan dalam balang kedap udara..


SELAMAT MENCUBA......




Related Posts with Thumbnails