Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Kamu telah dilekakan oleh pertandingan bermegah-megah mendapat lebih banyak harta kekayaan. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur. Tidak sekali-kali begitu kelak kamu akan mengetahui akibatnya”… Sila rujuk attachment Tafsir Surah At-Takathur.. Fahami dan hayatilah dengan mata hati!
Dari 'Amr bin 'Auf Al-Anshari radhiallahu ‘anh:
Bahawasanya Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam mengutus Abu 'Ubaidah Ibnul Jarrah r.a. ke negeri Bahrain untuk mengambil jizyah dari penduduknya. Kemudiannya dia kembali dari Bahrain dengan membawa harta. Orang-orang Ansar mendengar berita kepulanganan Abu 'Ubaidah lalu mereka bersegera menuju masjid untuk melaksanakan Solat Subuh bersama Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Ketika Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam selesai solat Baginda pun berpaling menghadap ke arah mereka. Jelas kepada Rasulullah mereka sangat inginkan harta yang dibawa Abu 'Ubaidah. Maka Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam pun tersenyum ketika melihat mereka, kemudian Baginda sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku menjangka kamu telah mendengar bahawa Abu 'Ubaidah telah datang dengan membawa sesuatu (harta) dari Bahrain.” Maka mereka menjawab, "Benar, Rasulullah." Lalu Baginda sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kamu. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu. Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kamu. Lalu kamu pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana telah menghancurkan mereka." (Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 3158 dan Muslim No. 2961)
No comments:
Post a Comment