Monday, November 22, 2010

Genting 21hb Nov

Salam,

Hari tu anak anak nak sangat pergi petik buah strawberry, so husband pun bawak pergi Genting Highlands. Pergi balek hari je sebab Genting Highlands dekat bebenar dengan rumah. Dapat lah anak anak pergi merasa petik sendiri. Minggu ni pulak, husband dah booking hotel nak pergi Cameron pulak. Vacation lah kebetulan anak semua cuti sekolah. So jom cuci mata tengok gambar yang kat Genting ;)


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, November 11, 2010

Kisah Kapur dan Pemadam ;)

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Dia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 

"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah Kapur! Jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 

"Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah Pemadam!, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah Kapur!.


Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Guru tersenyum kepada anak muridnya sambil berkata,

"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa."

sambungnya lagi..

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik walaupun di bulan ramadhan, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?"

Guru menyambung lagi,

"Baik, untuk permainan kedua, cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid- murid, begitulah umat Islam dengan musuhnya... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

Murid bertanya,

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" 

Lalu guru menjawab,

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam...Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Monday, November 8, 2010

Kejarlah Duniamu.. Tapi Jangan Lupa ALLAH dan Negeri Akhirat!

Assalamualaikum All,



Firman Allah subhanahu wa ta’ala:


“Kamu telah dilekakan oleh pertandingan bermegah-megah mendapat lebih banyak harta kekayaan. Sehingga kamu masuk ke dalam kubur. Tidak sekali-kali begitu kelak kamu akan mengetahui akibatnya”… Sila rujuk attachment Tafsir Surah At-Takathur.. Fahami dan hayatilah dengan mata hati!




Dari 'Amr bin 'Auf Al-Anshari radhiallahu ‘anh:

Bahawasanya Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam mengutus Abu 'Ubaidah Ibnul Jarrah r.a. ke negeri Bahrain untuk mengambil jizyah dari penduduknya. Kemudiannya dia kembali dari Bahrain dengan membawa harta. Orang-orang Ansar mendengar berita kepulanganan Abu 'Ubaidah lalu mereka bersegera menuju masjid untuk melaksanakan Solat Subuh bersama Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam. Ketika Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam selesai solat Baginda pun berpaling menghadap ke arah mereka. Jelas kepada Rasulullah mereka sangat inginkan harta yang dibawa Abu 'Ubaidah. Maka Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam pun tersenyum ketika melihat mereka, kemudian Baginda sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku menjangka kamu telah mendengar bahawa Abu 'Ubaidah telah datang dengan membawa sesuatu (harta) dari Bahrain.” Maka mereka menjawab, "Benar, Rasulullah." Lalu Baginda sallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kamu. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu. Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kamu. Lalu kamu pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana telah menghancurkan mereka." (Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 3158 dan Muslim No. 2961)

Tuesday, August 31, 2010

Menjelang hari raya...


Salam ramadhan semua ,

Maaf sebab tak update-update blog ni. Banyak tempahan chocolate. Nak suruh anak update kan, anak pun sebok dengan exam nya. Tahun ni nak PMR. Last-last, tinggalla blog ni berhabuk tak ber-update.

Ok, hari ini Ezza dah pun siap buat persiapan hari raya. Persiapan hari raya kali ini sederhana sahaja. Tak ada lah nak melaram sakan sangat. Dah beli baju raya sorang sepasang untuk anak-anak. Untuk cik Abang pun dah siap dah baju melayu. Buat persiapan lambat sikit tahun ni, so pergi cari dalam bulan puasa ni anak-anak banyak sangat kerenah. haha....

Kuih raya ada lah buat 4-5 jenis. Ingat kan malas nak buat kuih raya. Tapi fikir bosan tak ada apa nak buat kat ruma. Lagi-lagi anak-anak dah besar-besar, so buat lah ::

1) Biskut makmur
2) Biskut chocolate ala Famous Amous
3) Tart
4) Almond London

Raya tahun ini, raya seperti tahun-tahun sebelum ni..Sehari sebelum raya, mesti ada kat rumah mak mertua di Muar. Selepas tu, mesti lah kena tolong-tolong memasak. Last time raya pertama kat rumah mak sendiri masa single. So, sekarang kena lah ikot cik Abang kan. Tiap-tiap tahun ok ! haha...erm, Lepas pagi raya pertama dah salam-salam dan makan-makan, baru lah balik rumah keluarga sendiri di Johor Bharu. Tu lah rutin raya tiap-tiap tahun.

Anda pulak persiapan raya macam mana ? Haa.. satu lagi, hati-hati di jalan raya yaa!

Saturday, June 19, 2010

Order sbg cenderahati pertunangan

Pertunangan di Muar..Terima kasih dan Selamat Bertunang ! ;)

Wednesday, June 2, 2010

Chocolate Part 6

Photobucket

Photobucket

Order dari Kak Anum

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Order sempena Hari Guru

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Cake Part 3

Photobucket
Photobucket

Thursday, May 27, 2010

Order dari Setiawangsa

Photobucket

Photobucket

Untuk hari jadi anak nya..Terima kasih!

Tuesday, May 11, 2010

Order dari Eton Kuantan

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

P/s :: Maaf. Gambar tidak berapa terang.

Order dari Eton untuk gift hari pertunangan anaknya, Erin. Selamat Bertunang! Terima kasih.

Monday, May 10, 2010

Chocolate Part 5

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Cupcakes Part 2

Photobucket

Cake Part 2

Photobucket

Photobucket

Monday, April 26, 2010

Cake Part 1

Photobucket

Photobucket

Chocolate Part 4

Photobucket
Photobucket

Cupcakes Part 1

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Friday, April 23, 2010

Order dari Noor Kuantan

Photobucket

Terima Kasih!

Chocolate Part 3

Photobucket

Lolli Image
RM1.80

Photobucket

Order dari Shiela JB

Photobucket

Photobucket

Terima Kasih

Friday, April 16, 2010

Order dr Maznah Bukit Antarabangsa

Photobucket


Terima kasih!

Saturday, April 10, 2010

Chocolate Part 2

Photobucket



Box Love
RM 13(kecil(s))

*Warna boleh pilih



Photobucket



Present Box
RM 10 (kecil(s))

*Warna boleh pilih



Photobucket



Box Rose
RM 0.70 (sebiji)

*Warna boleh pilih
 



Photobucket


=)

Friday, April 9, 2010

Chocolate Part 1

Photobucket

Photobucket


Oreo Image 
RM 2.00

Photobucket

Oreo Bunga
RM 2.00
*Warna boleh pilih

Photobucket

Lollichoc B.A.B.Y
 RM 1.50

Photobucket

LolliChoc L.O.V.E
 RM 1.50
Photobucket


Rose stick
RM 0.80

*warna boleh pilih
Related Posts with Thumbnails