ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Rukun Solat – Takbiratul ihram
Ramai orang solatnya tidak diterima
kerana kesalahan yang dibuat tanpa disedari.
Itulah antara isi yang kuliah agama yang mengejutkan ramai orang. Salah satu
perkara yang ingin dikongsikan bersama yang diperolehi dalam satu siri kuliah
agama mengenai salah satu rukun solat iaitu takbiratul ihram.
Kebanyakan orang tidak menyedari solatnya tidak menepati syarat2
takbiratul ihram yang boleh menyebabkan solatnya tidak diterima. Diantaranya
yang paling ketara ialah lafaz takbiratul ihramnya “Allahu akhbar” tidak
didengari atau sekadar menyebutnya didalam hati. Lafaz “Allahu akhbar” mestilah
dilafaz dengan jelas dan didengari cukup sekadar 2
cuping telinga kita…..tidak boleh hanya sebut secara senyap
didalam hati.
Syarat2 takbiratul ihram yang lain ialah:
·
Ucapan takbir dilakukan semasa dalam
kedudukan berdiri.
·
Melafazkan takbir dengan keadaan
menghadap ke arah qiblat.
·
Semua huruf yang diucapkan itu didengari
oleh diri sendiri.
·
Ucapan itu hendaklah terkemudian
daripada ucapan imam.
·
Semasa melafazkan takbir hendaklah
disertai dengan niat.
Mari kita sama2 berdoa agar solat kita yang terdahulu
diterima oleh Allah SWT….amin.
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka
DIA Menyayangimu,
Bila Allah Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila Allah Tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Terima Kasih, Sumber.