Salam ramadhan semua ,
Maaf sebab tak update-update blog ni. Banyak tempahan chocolate. Nak suruh anak update kan, anak pun sebok dengan exam nya. Tahun ni nak PMR. Last-last, tinggalla blog ni berhabuk tak ber-update.
Ok, hari ini Ezza dah pun siap buat persiapan hari raya. Persiapan hari raya kali ini sederhana sahaja. Tak ada lah nak melaram sakan sangat. Dah beli baju raya sorang sepasang untuk anak-anak. Untuk cik Abang pun dah siap dah baju melayu. Buat persiapan lambat sikit tahun ni, so pergi cari dalam bulan puasa ni anak-anak banyak sangat kerenah. haha....
Kuih raya ada lah buat 4-5 jenis. Ingat kan malas nak buat kuih raya. Tapi fikir bosan tak ada apa nak buat kat ruma. Lagi-lagi anak-anak dah besar-besar, so buat lah ::
1) Biskut makmur
2) Biskut chocolate ala Famous Amous
3) Tart
4) Almond London
Raya tahun ini, raya seperti tahun-tahun sebelum ni..Sehari sebelum raya, mesti ada kat rumah mak mertua di Muar. Selepas tu, mesti lah kena tolong-tolong memasak. Last time raya pertama kat rumah mak sendiri masa single. So, sekarang kena lah ikot cik Abang kan. Tiap-tiap tahun ok ! haha...erm, Lepas pagi raya pertama dah salam-salam dan makan-makan, baru lah balik rumah keluarga sendiri di Johor Bharu. Tu lah rutin raya tiap-tiap tahun.
Anda pulak persiapan raya macam mana ? Haa.. satu lagi, !